Terus ke kandungan
DataSilat

Istilah persilatan R

Maksud istilah persilatan huruf R seperti dijelaskan dalam Majalah Seni Beladiri.

Radat Sula
Teknik tikaman dari bahagian bawah ke atas dalam permainan Silat Seni Gayong.
Rainbow Revenue
Sistem mengenakan bayaran ujian bertingkat-tingkat dan pelbagai warna tali pinggang tambahan oleh sekolah beladiri perniagaan untuk mengaut keuntungan.
Rak Tam-Tam
Istilah bagi pukulan berturut-turut dalam Silat Sendeng Betawi.
Ram Muay
Tarian ritual tradisi petinju Muay Thai sebelum bertarung untuk merenggangkan otot dan meniru pergerakan haiwan atau profesion.
Randai
Perangkap bulat atau lingkungan bulatan/pusingan dalam bahasa sukukaum Minang.
Randori
Latihan bertempur/sparring bebas dalam seni beladiri Judo.
Randori
Latihan bebas dalam seni beladiri Judo.
Rear Bear Hug
Teknik pelukan atau tangkapan simpulan rapat penyerang dari arah belakang mangsa.
Rebut dan Reju
Kaedah Lian Padukan merapatkan diri rapat kepada musuh dan membuat serangan bertubi-tubi tanpa henti.
Regional
Sesi pertarungan Capoeira pergerakan laju di kawasan luas dengan aksi akrobatik udara dan tendangan pantas.
Rekaan
Proses merancang dan membentuk struktur teknik silat secara sistematik agar berkesan dan selamat.
Reverse Swing Kick
Tendangan pusingan 360 darjah yang mengimbangi kekuatan pusingan bahagian atas badan dan siku/bahu.
Rhythmic Martial Art (RMA)
Disiplin gabungan senaman beladiri mengikut irama muzik yang menyelaraskan 21 jenis pergerakan perguruan beladiri di bawah program KESUMA Kementerian Belia dan Sukan.
Rikka
Falsafah pertahanan karate bermaksud Bunga Yang Berguguran, iaitu teknik pertahanan bertenaga mantap yang mampu menewaskan serangan tanpa perlu membalas.
Rimou'
Perkataan dialek/silam yang bermaksud orang-orang tua dahulu kala yang nakal.
Rising Kicks / Tendangan Pancung
Teknik tendangan Taekwondo yang dihayun tinggi melebihi sasaran lalu menghentam ke bawah ke arah kepala atau bahu lawan.
Robos
Gaya serangan dalam silat olahraga secara membabi buta tanpa mengekalkan seni persilatan.
Roda
Bulatan gelanggang tradisi tempat pengamal Capoeira mempersembahkan gerakan dan bertarung diiringi muzik.
Roda
Bulatan gelanggang yang dibentuk oleh pengamal Capoeira untuk bertanding, bermain aksi akrobatik, dan diiringi muzik.
Ronin
Samurai yang tidak mempunyai sebarang ikatan dengan puak (klan) atau daimyo (samurai tanpa tuan).
Rotan Ketemu
Rotan yang bertemu ruasnya, digunakan khas sebagai bahan ukiran ulu belati Pendekar Harimau Berantai.
Ruat
Istilah literal yang bermaksud goyah, tidak tetap atau selalu berubah-ubah; digunakan dalam konteks buah pukul Mersing.
Ruat
Gerak halus yang diperoleh daripada latihan berterusan seumpama kepekaan gerak hati.
Ruat (Meruat)
Pergerakan beralih atau mengelak ke kiri dan kanan sesudah melancarkan pukulan dalam seni buah pukul.
Rukun 13 Silat
Tiga belas turutan asas persilatan iaitu duduk, berdiri, buka langkah, buka tangan, pola langkah, pelepas tangan, mengeluarkan bunga, mengeluarkan buah, mengeluarkan pukulan, sambutan, tendangan kaki, kuncian, dan pemati.
Rumbau
Istilah bagi senjata-senjata tajam seperti golok, keris, pisau, dan kerambit.
Ruyung
Bermaksud 'Sagu' (atau kelapa di Tanjung Pinang).

Cadangkan pembetulan