Terus ke kandungan
DataSilat

Istilah persilatan O

Maksud istilah persilatan huruf O seperti dijelaskan dalam Majalah Seni Beladiri.

O-Yoroi
Zirah perisai tradisional samurai Jepun abad ke-11 yang melindungi bahagian kepala, dada, lengan, dan peha.
Off Hand
Tangan tanpa senjata yang berfungsi sebagai penangkis, pemantau, pemanipulasi, dan pelucut senjata musuh.
Okhuen
Seni gusti tradisional di Selatan Nigeria yang dipertandingkan antara kampung dengan pertaruhan sebidang tanah.
Onegaishimasu
Ungkapan hormat dalam bahasa Jepun bermaksud 'sila tunjukkan/ajarkan saya'.
Onna-bugeisha
Istilah bagi pahlawan samurai wanita dalam sejarah zaman feudal Jepun.
OODA
Prinsip Observe, Orient, Decide, Act (Memerhati, Menyesuaikan, Memutus, Bertindak) yang digunakan dalam strategi pertempuran.
Otthai Vitchi
Latihan asas putaran kayu Silambam dari bawah ke atas untuk menguatkan urat saraf dan otot-otot.
Otthai Vitchi / Mel Vitchi
Teknik asas pergerakan dan putaran kayu panjang dalam seni Nillaikalakki Silambam.
Overkill theory
Teori tempur aliran Harimau Berantai dengan melumpuhkan kedua-dua tangan dan kaki lawan serta menghukum hingga tewas sepenuhnya.

Cadangkan pembetulan