Terus ke kandungan
DataSilat

Istilah persilatan H

Maksud istilah persilatan huruf H seperti dijelaskan dalam Majalah Seni Beladiri.

Ha-Lo
Petua pukulan membunuh musuh dalam persilatan dengan menyasar bahagian tubuh yang paling lemah.
Hakama
Pakaian tradisional beladiri Jepun berbentuk seluar berlipat lebar menyerupai skirt yang dipakai oleh pengamal Aikido.
Hakkul Yakin
Keyakinan mantap yang dibentuk melalui latihan memanah tradisional berterusan bahawa permintaan dan hajat akan dimakbulkan.
Halkum Hamboran Naga’Ijau
Buah atau teknik tusukan tepat ke arah halkum musuh dalam Silat Hamboran Rimou'Putih.
Hambat
Kejar
Hamboran
Pukulan bertubi-tubi atau berhamburan yang diambil dari perkataan boran/taburan dalam bahasa Ayuthia silam.
Haram sentuh
Konsep pertahanan dalam Lian Padukan yang mengajar pesilat sentiasa curiga, waspada, dan bersedia dari dipukul musuh.
Haumana
Murid atau pelajar yang diterima menuntut seni beladiri Lua Hawaii.
He Xing Bu
Langkah corak burung bangau (crane form stepping) yang merupakan pergerakan asas dalam seni Baguazhang.
HEMA
Singkatan bagi Historical European Martial Arts iaitu Seni Beladiri Bersejarah Eropah.
Hencang Buah Keras
Permainan tradisional Pahang yang melagakan buah keras betina menggunakan alat pengapit khas.
Hencang Buah Keras
Permainan tradisi rakyat Pahang yang mempertandingkan ketahanan buah keras yang dihencang menggunakan pelapik khas.
Henyak Siku
Serangan mendesak menggunakan bahagian siku yang tajam ke sasaran lembut lawan.
Heya
Kandang atau pusat latihan, penginapan dan kemudahan memasak bagi atlet Sumo (rikishi).
Hidup-Badan
Penggunaan ilmu silat mengikut gerak spontan yang datang semasa bertarung, bukan lagi mengikut hafal pergerakan gelanggang.
Hikmat Alam Semesta
Jurus tertinggi dalam disiplin persilatan Lanang Sejagat yang menggembleng tenaga fizikal dan alam sekitar.
Historic European Martial Arts (HEMA)
Istilah merujuk kepada seni mempertahankan diri tradisional dan bersejarah yang berasal dari Eropah.
Ho Ga
Kategori teknik pukulan titik tekanan (pressure points) dalam Kung Fu San Soo.
Hogu
Set pakaian pelindung keselamatan lengkap yang diwajibkan semasa latihan dan pertandingan sukan Kumdo.
Honbu Dojo
Pusat latihan utama berasrama dalam organisasi karate Kyokushinkai.
Hukum Kanun Melaka
Undang-undang Kesultanan Melayu Melaka tulisan Jawi (44 Fasal) yang menggabungkan Hukum Syariat Islam dan Hukum Adat.
Hulu
Bahagian pemegang senjata yang membawa pengertian mula, pendahuluan, kepala, atau pemimpin.
Human Weapon
Penggunaan anggota badan seperti lutut, siku, tangan dan kaki sebagai senjata beladiri semula jadi (Senjata 8).
Hung Ga
Aspek kekuatan fizikal dan kuasa tubuh dalam Kung Fu San Soo.

Cadangkan pembetulan