Istilah persilatan
Maksud istilah persilatan seperti dijelaskan dalam Majalah Seni Beladiri.
- Istilah A
- Istilah B
- Istilah C
- Istilah D
- Istilah E
- Istilah F
- Istilah G
- Istilah H
- Istilah I
- Istilah J
- Istilah K
- Istilah L
- Istilah M
- Istilah N
- Istilah O
- Istilah P
- Istilah Q
- Istilah R
- Istilah S
- Istilah T
- Istilah U
- Istilah V
- Istilah W
- Istilah X
- Istilah Y
- Istilah Z
- Abjad
- Perkataan tauhid berpandukan hadith; Alif (Allah), Ba (Bahaullah), Jim (Jalallah), Dal (Dinallah).
- Adab
- Disiplin, tatasusila dan penghormatan yang wajib dipatuhi dalam gelanggang silat dan kehidupan.
- Adab Berguru
- Nadi utama dalam gelanggang silat yang merangkumi asas penghormatan, keikhlasan, pembentukan sahsiah dan integriti moral.
- Adagio kepada Allegro
- Pertukaran tempo muzik gendang silat daripada irama perlahan bersahaja (tari) kepada tempo cepat dan rancak (tempur).
- Adat
- Kebiasaan amalan tradisi masyarakat dan persilatan Melayu.
- Adat
- Amalan tradisi, norma sosial, dan sistem hukum adat yang diamalkan oleh masyarakat di Asia Tenggara dan kawasan Islam lain.
- Adat & Urf
- Kebiasaan yang diterima umum secara meluas dan berakar umbi dalam masyarakat yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.
- Adat istiadat
- Tataacara dan ritual rasmi dalam majlis formal atau perayaan seperti pertabalan raja dan perkahwinan.
- Adat muhakamah
- Undang-undang atau kanun bertulis yang digubal oleh pemerintah untuk menjaga ketenteraman masyarakat.
- Adatullah
- Bentuk adat mutlak merujuk kepada ketetapan hukum alam ciptaan Allah atau amalan berteraskan asas ajaran Islam.
- Adatullah
- Peraturan tradisi Raja-raja Melayu yang terangkum dalam undang-undang syariat Islam berkaitan kelayakan dan perlantikan raja.
- Adatunnah
- Adat Melayu yang bersumber daripada kebiasaan kebudayaan murni, bermanfaat, dan tidak bersalahan dengan ajaran syariat Islam.
- Adatunnah
- Adat yang diadatkan dalam peradaban Melayu yang bersifat makruf dan berasaskan prinsip kebaikan tempatan serta ajaran Islam.
- Adatunnah / Resam
- Norma sosial masyarakat yang bernilai baik serta tidak bertentangan dengan hukum agama mahupun kanun.
- Adi Thada
- Istilah bahasa Tamil dalam Silambam yang bermaksud 'Adi' (pukul) dan 'Thada' (sekat/tangkis).
- Agam
- Permainan persilatan yang lembut, didakwa berasal daripada raja-raja keturunan Jawa.
- Agi idup, Agi ngelaban
- Ungkapan bahasa Iban yang bermaksud "Selagi hidup, selagi itulah melawan", slogan pahlawan Rentap.
- Ahl al-Hal wa al-'Aqd
- Jemaah muafakat/musyawarah terdiri daripada ulama dan pemimpin adil yang bertindak melantik raja atau ketua negara dalam siyasah Islam (disebut Jemaah Pangkuan dalam adat Melayu).
- Ahlul-Bait
- Keturunan dan ahli keluarga suci Nabi Muhammad SAW.
- Ahu
- Posisi atau aksi gerakan dalam beladiri Capoeira di mana kedudukan kepala berada di bawah dan kaki di atas.
- Air pinang
- Kaji selidik dan penilaian tahap kemampuan anak murid berbanding musuh oleh seorang guru silat Melayu.
- Al-Malhamah Al-Kubra
- Istilah pertempuran atau peperangan terbesar yang diramalkan berlaku pada akhir zaman.
- Alif
- Posisi berdiri tegap secara bersiap sedia sebelum melangkah menyerang atau menyambut serangan musuh.
- Alif Junjung
- Pergerakan menabik hormat atau menjunjung alif dalam silat sebagai tanda ketaatan dan kepatuhan mutlak kepada ke-Esaan Allah SWT.
- Alif-alif
- Asas pergerakan dalam Silat Sendeng Mat Kucing Hutan yang merangkumi tiga buah utama iaitu Buah Tiga, Buah Satu, dan Buah Dua.
- Ambil Angin
- Pergerakan pernafasan dan konsentrasi dalam senaman tua untuk memulihkan nafas sesudah menyerang.
- Ambil angin
- Gerak awal atau posisi menanti/mengawasi pergerakan musuh sekeliling dalam Silat Melayu Keris Lok 9.
- Ambil angin
- Perbuatan berehat sambil memulihkan pernafasan dalam posisi bersedia semasa bertempur.
- Ambil Beban
- Kaedah senaman tua yang memfokuskan kekuatan sendi bawahan (buku lali, lutut, kelenjar) untuk merawat kecederaan dan melancarkan perjalanan darah.
- Ambil berat
- Teknik menggunakan berat badan lawan untuk dijatuhkan ke lantai menerusi punca cokek sendi.
- Ambil dari luar / Bedik luar
- Teknik melangkah ke sebelah kiri sambil memukul tangan bersenjata pihak lawan untuk melancarkan serangan balasan.
- Ambil rasa
- Petua latihan pergerakan secara perlahan untuk memahami dan menghayati kesebatian gerak sebelum memantaskan gerakan.
- Ambil rasa
- Menghayati pergerakan dan aliran tenaga tubuh secara mendalam dalam senaman atau latihan silat.
- Ambil Rasa
- Latihan deria automatik dan kefahaman mendalam dalam senaman/silat Melayu untuk mendengar tubuh sendiri dan membaca isyarat pergerakan lawan.
- Ambo
- Saya (dialek pantai timur/utara)
- AMOK!
- Konsep pertahanan diri seni pisau yang bermaksud membinasakan serangan musuh secara pantas, tepat, dan agresif.
- Ampu
- Pandai besi berketurunan yang diamanahkan khas dalam istana untuk menempa senjata perang mengikut ukuran pemilik.
- Amuk
- Tindakan serangan nekad peperangan oleh hulubalang Melayu secara serbuan agresif menggunakan senjata pendek untuk menewaskan musuh tanpa menghiraukan keselamatan diri.
- Anak Ayam Teleng
- Istilah pergerakan kepala dalam Senaman Tua seperti anak ayam yang mengintai/mencondongkan kepala ke belakang semasa merendahkan badan.
- Ancak Tiang
- Asas pegangan yang wajib ditanam sekukuhnya dalam hati sanubari pesilat tentang kebenaran fungsi silat dan akal.
- Angin
- Gelora Semangat, kejiwaan atau dorongan emosi pesilat yang dibangkitkan menerusi irama gendang.
- Angin Medu
- Keadaan kesihatan yang menyebabkan rasa loya dan muntah akibat perasaan tertekan atau kurang semangat.
- Angkat Sauh
- Nama gerakan dalam Senaman Melayu Tua yang difungsikan sebagai ikhtiar melegakan sakit pinggang.
- Angola
- Sesi latihan perlawanan Capoeira secara perlahan mengikut kreativiti dan helah di kawasan sempit diiringi muzik perlahan.
- Anjueng Mualim
- Aliran permainan pedang berunsur Islam di Minangkabau; Anjueng bermaksud pujian/terpuji dan Mualim bermaksud orang alim arif syariat.
- Apung Penimbul
- Amalan ilmu kebatinan atau kebal menerusi upacara mandi minyak bagi membina ketahanan kulit terhadap kecederaan.
- Aqad
- Pengisytiharan sukarela oleh calon Ketua Negara bahawa beliau menerima perlantikan tanpa sebarang paksaan atau tekanan.
- Arat
- Bengkung atau tali pinggang kelulusan tahap pesilat dalam Perguruan Seni Pancak Silat Gerak 41 di Brunei.
- Arat
- Sistem gred atau tali pinggang dalam Perguruan Seni Pencak Silat Gerak 41 Brunei.
- Arat
- Tahap atau peringkat warna tali pinggang pesilat dalam Perguruan Seni Silat Gerak 4 1 Brunei.
- Arat
- Istilah padanan tali pinggang (belt) yang digunakan dalam Perguruan Pancak Silat Gerak 41.
- Armbar
- Kuncian ketiak/siku dalam sukan tempur kombat yang merenggangkan dan menekan sendi siku lawan hingga memaksa lawan menyerah kalah.
- Arrangketram
- Majlis atau peringkat tamat latihan rasmi dalam seni beladiri Silambam.
- Aruk
- Gaya tari perang atau gerak amuk pahlawan-pahlawan Melayu-Bugis sebelum bertempur.
- Asak
- Kaedah rawatan urutan dan tekanan khusus pada bahagian batang peranak atau otot pelvik wanita bagi menegangkan dan mengetatkan saluran faraj yang longgar selepas bersalin.
- Assan
- Gelaran bagi mahaguru dalam bahasa Tamil.
- Atemi
- Serangan tumbukan/pukulan gangguan untuk mengejutkan lawan sebelum melaksanakan kuncian atau jatuhan.
- Atiwala
- Sifat sendiri yang lengkap dalam amalan Silat Betawi.
- Au
- Gerakan roda mawar (cartwheel) asas dalam disiplin seni pertahanan diri Capoeira.
- Aura
- Lingkaran medan daya energi/bio-elektrik yang dihasilkan oleh sel-sel hidup manusia yang melingkari tubuh.
- Autha Perakka Murai
- Permainan senjata pisau dalam Silambam.
- awar galat
- Sikap segan silu atau merendah diri yang menjadi amalan masyarakat Melayu Brunei.
- Ayap
- Bahasa halus/istana yang digunakan oleh rakyat bagi merujuk perbuatan makan di hadapan Raja.