Terus ke kandungan
DataSilat

Istilah persilatan I

Maksud istilah persilatan huruf I seperti dijelaskan dalam Majalah Seni Beladiri.

Iaido
Seni pedang Jepun dari Kenjutsu yang mendidik rohani dan jasmani, keperibadian mulia, dan penghormatan diri.
Iaido / Iaijutsu
Seni pedang klasik Jepun yang bermula dengan pedang berada di dalam sarung (saya) lalu dicabut dengan pantas untuk menyerang dan dimasukkan semula.
Iaijutsu
Seni mencabut pedang Jepun dari sarung secara pantas untuk menewaskan lawan dalam satu gerakan.
Iaijutsu
Seni beladiri Jepun yang memfokuskan kepada teknik mencabut pedang secara pantas dalam pertempuran berhadapan.
Ibu Gayong
Gelaran penghormatan tertinggi kepada pemimpin wanita dalam Silat Seni Gayong.
Ibu Gayong / Ibu Gerak
Rahsia gerak pantulan yang keluar secara semula jadi dari diri manusia dengan anugerah Allah SWT.
Ibu Gayung
Istilah pengajian tinggi kerohanian Islam dan amalan tasauf/tariqat dalam persilatan aliran tradisi.
Ibu Jari
Perlambangan jari dalam tradisi silat Melayu yang mengandungi petua, ilmu dan rasa; digunakan oleh orang Melayu untuk menunjuk sebagai tanda adat.
Ikatan kembung
Gaya ikatan kain samping bagi golongan pembesar dan orang bergelar.
Ikatan lingkup
Gaya ikatan kain samping bagi orang kebanyakan.
Ikatan pancung
Gaya ikatan kain samping khas untuk Sultan, Raja dan kerabat diraja sahaja.
Ilham
Petunjuk daripada Tuhan yang terbit dalam hati atau gerak hati yang menggerakkan daya cipta seseorang.
Ilham
Bisikan hati atau inspirasi kurniaan Tuhan yang mendorong penemuan jurus dan teknik baru secara tiba-tiba.
Ilmu
Pengetahuan esoterik dan spiritual Melayu/Nusantara merangkumi kekuatan dalaman, ketahanan diri, amalan pendinding, penggunaan jimat, meditasi, dan teknik pernafasan.
Ilmu Butala
Pengajian ilmu persilatan merangkumi tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dalam Perguruan Penjurit Melayu Kepetangan.
Ilmu Kebal
Pengetahuan dan amalan tradisi kuno dalam pencak silat untuk mempertahankan tubuh daripada cedera fizikal atau serangan lawan.
Ilmu Kilat
Ilmu beladiri/kebatinan pemberian Kiyai Salleh yang menjadikan pergerakan pantas tetapi menyebabkan pengamalnya mengalami sifat baran melampau yang sukar dikawal.
Ilmu Ladunni
Pancaran nur dan anugerah ilmu yang diberikan secara terus daripada Allah kepada hati hamba-Nya yang bertakwa tanpa melalui proses pengajian formal.
Ilmu Penderas
Ilmu kebatinan pantas yang membolehkan seseorang bergerak atau berpindah dari satu tempat ke tempat lain yang jauh dalam masa amat singkat.
Induk
Panggilan orang tua-tua bagi alat muzik serunai dalam bergendang silat kerana disifatkan mempunyai banyak lubang/mulut dan menjadi ibu segala ibu.
Insim
Keadaan seseorang yang mengalami masalah gangguan emosi atau hilang kawalan fikiran hingga bertindak agresif dan mengamuk.
Inversion
Pergerakan sendi buku lali di mana tapak kaki berpusing ke dalam secara tiba-tiba yang sering mengakibatkan terseliuh ligamen ATFL.
Investing in Loss
Prinsip dalam Pushing Hands di mana pengamal mengalah dan membiarkan daya lawan untuk belajar dan meningkatkan kemahiran.
Isi Tangan
Rasa berat dan mantap pada pergelangan hingga siku hasil amalan senaman Melayu tradisi.
Isim
Nama-nama Allah yang indah yang dihubungkan dengan 12 pukulan sasaran dalam Silat Spring 12.
Isoteri
Elemen kebatinan atau kekuatan ghaib yang ada pada sebilah keris.

Cadangkan pembetulan