Terus ke kandungan
DataSilat

Istilah persilatan E

Maksud istilah persilatan huruf E seperti dijelaskan dalam Majalah Seni Beladiri.

Earatthai Kambu Veechu Murai
Permainan menggunakan dua kayu pendek (2.6 kaki) dalam Silambam.
Egbina
Seni beladiri/gusti tradisional di Barat Nigeria yang dipertandingkan semasa festival atau hari kebesaran.
Ekagrata
Kemahiran fokus tunggal menumpukan pandangan mata tepat kepada satu tempat atau sasaran dalam Kalari Payat.
Eksoteri
Keindahan seni ukiran dan rupa bentuk lahiriah fizikal keris.
Elak Makan
Teknik pergerakan segerak dalam Silat Melayu di mana perbuatan mengelak serangan dilakukan serentak dengan memukul lawan.
Elak sebutir padi
Ilmu kebatinan/kemahiran mengelak serangan senjata tajam atau tikaman jarak dekat tanpa bergantung kepada ilmu kebal.
Elat
Taktik tipu helah atau pergerakan olok-olok (dummy) dalam pergerakan Silat Sendeng untuk memperdaya musuh.
Emas Sepuluh
Pengeras atau syarat adat hakikat sewaktu mengadap guru bertalaqqi.
Empu
Gelaran bagi pembuat atau pandai besi keris yang mempunyai keahlian serta ilmu khusus dalam pembuatan senjata Melayu.
Empu
Pakar pembuat keris tradisional yang menguasai ilmu penempaan besi dan kearifan pusaka.
Eskrima DeCampo 1-2-3
Prinsip dan kaedah pertarungan Eskrima De Campo yang meneutralkan serangan musuh dalam lingkungan 1 hingga 3 gerakan.
Esquivas
Teknik mengelak serangan musuh dalam Capoeira tanpa membuat tangkisan keras.

Cadangkan pembetulan