Falsafah dan petua guru
1499 rekod falsafah dan petua guru seperti dicatat dalam Majalah Seni Beladiri, diekstrak dengan bantuan AI.
- Cindai adalah kain lembut tapi dalam kelembutan ia dapat mematahkan kekerasan.
- Pakai Tak Pakai, Tak Pakai Pakai.
- Aikido adalah untuk membina sebuah syurga di dunia dengan membentuk manusia kearah bersatu dalam perpaduan dan harmoni.
- Budaya lambang bangsa, hilang budaya hilanglah bangsa.
- Yang mudah itu nampak seni, yang senang itu gaya silat dan yang sederhana itu sikap halus.
- Budaya Lambang Bangsa, Hilang Budaya Hilang Bangsa.
- Dalam mengaji kita mengkaji.
- Jika sudah terdesak... bertempurlah tetapi jangan sampai diri cedera.
- Ianya bukan apa yang anda lakukan, tetapi berapa baik ianya dilaksanakan.
- Teknik yang terbaik, ialah teknik yang berkesan.
- Budaya lambang bangsa, hilang budaya hilang bangsa...
- Yang mudah itu nampak seni, yang senang itu gaya silat dan yang sederhana itu sikap halus. Bersederhanalah untuk yang hidup.
- Berdiri....musuh
- Memang nya banyak buah pukulan dalam silat tetapi Gayung Fatani hanya ada tiga buah pukulan... tetapi ia hidup...
- Memperolehi talipinggang hitam seperti baru pandai berjalan, ujian seterusnya bagaimana hendak berjalan dengan betul, berlari...
- Yang mudah itu nampak seni, yang senang itu gaya silat dan yang sederhana itu sikap halus. Bersederhanalah untuk yang hidup.
- Berlapik berlantai, Bentang tikar tiga helai, seorang cerdik seorang pandai, seorang juara di tengah gelanggang, barulah segala kerja tak terbengkalai.
- Inama akmal mubilniat ertinya sah perbuatan berserta dengan niat. Niat itu adalah kalam.
- Mengikut ilmu guru bukan meniru perangai guru.
- Adat dikelek, agama dijunjung, diubah layu, dicabut mati.
- Mati pukul kerana langkah, Mati langkah kerana silat, Mati silat kerana ujap, Mati silap kerana silau, Kita bersilat kita tersilap, Kita tersilap kita terperangkap.
- Pakai tak pakai, tak pakai, pakai maka selagi pakai itulah tak pakai.
- Seni itu penafasan manakala silat itu gerak keimanan...
- Orang yang membuang seni ibarat orang mati. Tidak bernafas tiada pergerakan. Maka hilang akal dan amuklah ia.
- Kebesaran itu adalah pakaianku, takbur itu adalah mahkotaku serta kesombongan itu adalah selendangku. Barangsiapa memakai salah satu dari pakaianku, maka ia akan musnah.
- Barangsiapa yang dapat menghidupkan SUNNAHKU pada ketika runtuhnya akhlak umatku, maka ganjaran padanya merupakan 100 kali syahid.
- Kalaulah diumpamakan seni pencak silat itu pokok, maka buah itu adalah hasilnya. Apalah ertinya kalau pokok tidak berbuah?
- Saya mengambil semua perkara yang susah menjadi senang.
- Falsafah seni beladiri adalah memberi bukan menerima.
- Sebaik-baik seni beladiri ialah untuk mengelakkan pertempuran.
- Dalam lembut ada kasar dan dalam tertib ada gagahnya.
- Cekak membawa erti tanggungjawab terhadap keluarga, diri dan sebagainya. Permainan Cekak berdiri lurus sama seperti seseorang itu diajar jangan berbohong sombong atau berdabik dada sebaliknya jujur...
- kalau hendak seribu daya, taknak seribu dalih; seperti kacang lupakan kulit, kalau kail sejengkal jangan duga lautan dalam dan budaya lambang bangsa, hilang budaya hilanglah bangsa.
- terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.
- When the lower coconut fronds fall, the upper fronds should not laugh.
- Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Kalau belajar seni beladiri seperti silat, pastikan diri berakhir sebagai pengamal silat. Jadi pengamal silat bererti dapat menguasai diri, berdisiplin, sabar dan bijak bertindak dengan tepat.
- Jika hendak melentur buluh biar dari rebungnya.
- Sayang anak ditangan-tangankan, sayang isteri ditinggal-tinggalkah.
- Gelar Bukan Sebarang Gelar, Gelar Ada Dengan Jasanya, Pendekar Bukan Sebarang Pendekar, Pendekar Brunei Ada Baktinya.
- Sebagai anak lelaki, belajarlah sekurang-kurangnya sedikit ilmu mempertahankan diri kerana kita bertanggungjawab ke atas maruah diri, keluarga, agama dan bangsa.
- Tak Melayu Hilang Di Dunia
- Only when you see a Silat Master in action with a knife do you begin to understand why this art is judged to be extremely practical!
- Harta yang banyak boleh habis tetapi ilmu yang baik semakin diguna semakin tajam, bisa dan menjadi bertambah banyak, InsyaAllah...
- Tumbuk bagi sampai, kena Hang punya pasai.
- Yang gagah akan binasa, yang pandai tumpul ingatannya, yang dijunjung budi bahasa, yang kekal silaturahim sahaja.
- Perangilah dirimu sendiri sebelum engkau memerangi orang lain.
- Manusia yang paling hebat ialah manusia yang dapat menewaskan dirinya sendiri.
- Silat itu pakaian atau Silat itu isi.
- Silat itu sihat.
- Jie Li Qiao Da (Meminjam tenaga lawan untuk melakukan serangan balik menerusi deria rasa sentuhan).
- Yuang Chong Tai Gang (Di dalam kelembutan membawa kekerasan dan kekuatan).
- Gang Yuang Ping Chai (Kekerasan dan kelembutan bergabung secara serentak).
- Manunggaling Kawula Gusti (Falsafah ketuhanan yang membawa maksud bersatunya hamba dengan Tuhan).
- Rela berjuang demi kehormatan, rela membunuh untuknya, rela mati kerananya.
- Ikutlah resam padi...makin berisi makin tunduk.
- Yang ada jangan ditunjuk, yang tidak ada dicari.
- Sekali melangkah, jangan harap berpatah balik.
- Tahap yang paling tinggi ialah apabila kita boleh menghormati seni beladiri orang lain dan menyumbang untuk menyuburkan perkembangan kecerdasan manusia.
- Pandai-pandailah kamu membawa diri. Segala titah Raja jangan kamu abaikan atau ingkari. Curahkan taat setia, ibarat menggenggam bara api, biar sampai jadi arang.